Menentukan dan menyelaraskan
segala dasar PSS supaya selari dengan dasar kurikulum dan Akta Pendidikan
1996
Menetapkan Piagam Pelanggan,
Matlamat, Objektif dan Peraturan PSS
Menyampai dan menyebarkan konsep,
peranan PSS serta maklumat terkini kepada guru, staf sokongan, pelajar
dan ibu bapa
Melantik Pengawas PSS
Memastikan fail kuasa PSS disediakan
MESYUARAT
Mengadakan mesyuarat PSS minimum
3 kali setahun
Menyelenggara fail Jawatankuasa
PSS dengan cara yang sistematik, kemaskini dan mudah dirujuk
Semua keputusan mesyuarat dilaksanakan
PERANCANGAN
Merancang, merangka & menentukan
strategi perkembangan PSS dengan mengambilkira perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) semasa
Menyediakan program/aktiviti
jangka pendek dan jangka panjang serta pelan bertindak
Merancang projek khas termasuk
projek untuk menambah sumber kewangan PSS
Merancang latihan/bengkel untuk
guru-guru PSS, pengawas PSS, guru-guru dan pelajar-pelajar dengan kerjasama
Jawatankuasa Kemajuan Staf Sekolah
Merancang dan melaksana strategi
memaksimumkan penggunaan PSS oleh guru, pelajar dan staf sokongan
Menentukan kemudahan fizikan,
alatan dan bahan mencukupi dan lengkap
Menyediakan anggaran belanjawan
PSS secara terperinci dan memberi manfaat kepada semua pelajar selaras
dengan Arahan Perbendaharaan dan dasar Kewangan Sekolah
PENGURUSAN
Mengurus pemilihan dan pemerolehan
bahan dengan kerjasama Panitia dan unit-unit akademik yang lain
Memproses bahan yang diperolehi
dengan bantuan Pengawas PSS, termasuk pilih buang
Menyediakan Jadual Penggunaan
PSS, Jadual TVP, Jadual Tugas Pengawas, Jadual Tugas Guru PSS dan Jadual
Aktiviti Tahunan
Menyediakan rekod-rekod, laporan
aktiviti dan laporan tahunan dalam fail-fail khas
Memastikan kemudahan fizikan,
bahan & alatan dalam keadaan baik dan berfunsi serta mencukupi
Mengurus pemilihan dan latihan
Pengawas PSS dan memastikan AJK PengawasPSS berfungsi
Menyediakan rekod penyata pendapatan
& perbelanjaan mengikut pecahan peruntukan.
PENILAIAN & PEMANTAUAN
Memastikan program dan aktiviti
PSS dilaksanakan seperti yang dirancang dan berupaya membantu mengukuhkan
pelaksanaan P&P
Memastikan PSS diuruskan dengan
baik, mempunyai bahan yang mencukupi dan terkini serta sentiasa bersih
dan ceria
Menjalankan penyelidikan dan
percubaan mengenai penggunaan media baru dan yang kerap digunakan dalam
P&P dengan kerjasama PKG/PSPN
Mengkaji dan memastikan penggunaan
PSS secara maksimum
Menentukan strategi pemantauan
dan menyediakan jadualnya.