Pada waktu persekolahan, pelajar
mesti memakai pakaian seragam yang lengkap semasa berada
dalam PS.
Selepas waktu persekolahan,
pelajar dibenarkan memakai pakaian sukan yang lengkap
semasa berada di PS.
Tidak dibenarkan makan atau
minum di dalam PS. Pelajar yang ditangkap melakukan kesalahan
tersebut akan di denda RM 0.50.
Tidak dibenarkan membuang sampah
merata-rata di dalam PS. Pelajar yang ditangkap melakukan kesalahan
tersebut akan di denda RM 0.50.
Pelajar tidak boleh sama sekali
menconteng/menggunting bahan- bahan bacaan di PS. Pelajar yang melakukan
kesalahan tersebut akan didenda RM 1.00.
Pelajar dilarang merosakkan
sebarang peralatan PS. Pelajar yang hendak menggunakan peralatan
PS hendaklah mendapat kebenaran dari pada guru PS terlebih dahulu.
Pelajar dilarang masuk ke Bilik
Kerja PS tanpa kebenaran.
Pelajar tidak dibenarkan menggunakan
komputer di PS tanpa kebenaran guru PS bagi mengelakkan gangguan
kepada Sistem Pengautomasian PSS.
Pelajar hendaklah mengembalikan
buku yang telah dibaca ke tempat asalnya atau meletakkannya ke rak pemulangan
yang telah di sediakan.
Pelajar hendaklah mengawal
suara semasa berada di dalam PS supaya tidak mengganggu pengguna
yang lain.
Pelajar hendaklah bersikap jujur,
tidak mengambil barang PS tanpa direkod terlebih dahulu.
B) Peraturan Penggunaan
Bilik PS
(Bilik Perpustakaan
& Bilik APD)
Pada waktu P&P, pelajar
tidak dibenarkan berada dalam PS tanpa pengawasan
guru.
Guru-guru yang membawa pelajar
ke PS pada waktu P&P, hendaklah berada di PS sepanjang masa tersebut.
Guru hendaklah melengkapkan
Buku Rekod Penggunaan Bilik Perpustakaan & Bilik APD.
Untuk tempahan, guru hendaklah
membuat tempahan sekurang-kurangnya 1 waktu sebelum P&P dimulakan.
Untuk keselesaan, kapasiti bilik
perpustakaan dan bilik APD pada satu-satu masa P&P adalah
bagi 2 kelas sahaja.
Pelajar adalah dilarang sama
sekali membawa masuk beg ke dalam bilik PS. Semua peralatan hendaklah
ditinggalkan dalam rak yang disediakan di luar bilik PS.
Pelajar dikehendaki menanggalkan
kasut sebelum masuk ke bilik APD.
Semua guru dan pelajar yang
menggunakan bilik PS dan bilik APD hendaklah sentiasa memastikan
kebersihan kedua-dua bilik tersebut.
C) Peraturan Pinjaman
Pelajar
Pelajar hanya dibenarkan
mempunyai 1 kad pinjaman sahaja.
Kad pinjaman tersebut boleh
dibeli di PS dengan harga RM 0.50 sekeping.
Setiap kad pinjaman hendaklah
ditulis nama, nombor kad pengenalan, tingkatan dan alamat pelajar serta
dilekatkan dengan sekeping foto terkini berukuran I/C.
(Gambar fotostat tidak diterima)
Pelajar tidak boleh menconteng
kad pinjaman. Kad pinjaman yang diconteng hendaklah ganti semula dengan
yang baru.
Pelajar hanya dibenarkan membuat
pinjaman sebuah buku sahaja pada satu-satu masa.
Tempoh pinjaman bagi pelajar
adalah selama 1 minggu.
Pelajar tidak boleh menggunakan
kad pelajar lain untuk membuat pinjaman.
Buku yang lewat dipulangkan
akan didenda RM 0.10 sehari.
Guru
Guru dan staf juga mempunyai
satu kad pinjaman yang disimpan di PS.
Guru dan staf boleh membuat
pinjaman 5 buah buku pada satu-satu masa.
Tempoh pinjaman adalah selama
2 minggu.
Denda sebanyak RM 0.10 sehari
dikenakan bagi buku yang lewat dipulangkan.
Guru boleh membuat pinjaman
buku/majalah secara pukal untuk kegunaan P&P pada satu-satu masa. Tempoh
pinjaman adalah selama 1 minggu sahaja.
Pinjaman secara pukal hendaklah
direkodkan dalam buku yang disediakan dengan kebenaran Pembantu PS atau
Guru PS sendiri.